TAHNIAH!

Tahniah kepada yang berjaya...
SK Semenggok mencatatkan keputusan yang agak membanggakan dalam UPSR pada tahun ini dimana 9 orang telah berjaya mendapat 5A berbanding 7 orang pada 2009. Peratusan calon lulus ialah 65.80%, peningkatan sebanyak 9.20% berbanding tahun 2008. Ini adalah hasil usaha gigih para guru dengan kerjasama erat para ibubapa serta PIBG. Sekalung ucapan terima kasih dan tahniah kepada pentadbiran sekolah, para guru, ibubapa serta murid-murid Tahun 6.
Pelajar cemerlang UPSR 2009 bergambar kenangan dengan YB Dr. Jerip Susil bersempena dengan Hari Anugerah Cemerlang SK Semenggok 2009.
Berdiri dari kiri: Penghulu Hj. Dollah, En. Johana (GB), YB. Dr. Jerip Susil, En. Razali (NYDP PIBG), En. Ramlee (PK1) dan Kapten Zulkifley (mantan YDP PIBG).
Duduk dari kiri: Rachel, Nur Atiqah, Mieratul Izzah, Camilia, Melanie, Fletchelle, Jonas, Howard dan Jeripson.


0 comments: