Sejarah SK Semenggok


1957, Penyelia Sekolah, Sekolah-sekolah Sarawak, Encik Ahmad Zaidi bin Adruce
menyarankan kepada Encik Ahmad bin Dalang, seorang dukun supaya didirikan
sebuah sekolah rendah untuk keperluan pendidikan bagi
penduduk-penduduk di kawasan Semenggok.

En. Ahmad bin Dalang bersama rombongan telah mengadakan perjumpaan dengan
Pengarah Penyelidikan Pertanian Semenggok, Encik Ong Kee Chong
dan Timbalannya Tun Haji Supian untuk mendapat sokongan pihak Jabatan Pertanian.

Encik Ong Kee Chong menyumbangkan 3 ekar tanah di bawah jagaannya untuk
tapak bangunan sekolah. Ia terletak di hujung kampung Jawa batu 12.

Bangunan sekolah telah dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung
di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Ahmad bin Dalang.

Sekolah Rendah Semenggok, mendapat nama sempena nama Sungai Semenggok yang berdekatan dengan kampung tersebut.

1958, SRK Semenggok dirasmikan oleh En. Ahmad Zaidi bin Adruce dan bermulalah
operasinya dengan 30 orang murid, seorang guru besar, Encik Bujang bin Hassan
dan seorang guru, Encik Lias.

Pada tahun 1998, salah sebuah bangunan sekolah terbakar.
SK Semenggok berpindah ke tapak baru hinggalah sekarang ini.