OUR COMMITMENT:
Attitude : Quality First
Philosophy : TQE (Total Quality Education)
Practices : Good Housekeeping
Challenges : Problem Solving

MATLAMAT SEKOLAH
Berusaha bersungguh – sungguh dan dengan penuh iltizam untuk mencapai kecemerlangan akademik, ko – kurikulum, keceriaan, kebersihan dan keselamatan seluruh komuniti sekolah di samping mewujudkan suasana kondusif untuk kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan hubungan baik, persefahaman dan kerjasama antara warga sekolah dan masyarakat setempat agar wujud perpaduan, harmoni dan kesejahteraan.

MOTO

" BERKHIDMAT BERILMU BERIMAN "

Sedia memberi perkhidmatan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, perubahan dan arah tuju demi kepentingan ilmu sebagai asas mencapai kecemerlangan hidup manusia di dunia dan akhirat, yang membawa kepada keharmonian, kesejahteraan dan kejayaan hidup.

VISI
Berhasrat untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dan unggul dalam akademik dan ko-kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI
1. Meningkatkan prestasi akademik kualiti dan kuantiti
2. Membina pelajar yang berdisiplin, berketerampilan dan bersopan-santun.
3. Meningkatkan komitmen guru dalam profession keguruan.
4. Meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah kearah PNP yang berkesan dan meluaskan pengetahuan murid.
5. Merealisasi sekolah dan taman.
6. Merapatkan hubungan warga sekolah dengan PIBG / masyarakat supaya mendapat kerjasama yang intim.

PIAGAM PELANGGAN
" Kami Warga Sekolah Kebangsaan Semenggok Dengan Penuh Tekad dan Iltizam Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk :

1. Menyediakan pendidikan yang terbaik berasaskan kurikulum bersepadu (KBSR) menitik berat penguasaan kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
2. Melahirkan anak didik yang mempunyai nilai – nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah sekolah dan falsafah Pendidikan Negara.
3. Berusaha ke arah pencapaian prestasi yang cemerlang dalam kurikulum dari segi kualiti dalam penilaian PKBS dan UPSR. Di samping bidang kokurikulum.
4. Memberi peluang yang sama rata kepada setiap kanak – kanak tanpa mengira latar belakang, agama, dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik – baiknya.
5. Sentiasa berusaha kearah keharmonian dan kesejahteraan pelajar supaya bebas dari dadah, rokok, ponteng, melanggar disiplin dan gangsterism.
6. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan bertersakan kepada pembaharuan yang berterusan.
7. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan berkualiti.
8. Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
9. Menyediakan kemudahan – kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian – piawaian tertentu selaras dengan perkhidmatan penyayang
10. Berusaha merapatkan hubungan dengan masyarakat sekeliling dan PIBG sebagai agen perantaraan supaya Sekolah Kebangsaan Semenggok menjadi kepunyaan bersama.