Sukan Tahunan SK Semenggok secara rasminya telah bermula jam 7.30 pagi tadi. Sebelum acara bermula, guru-guru dan murid-murid mengikuti terlebih dahulu ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sk Semenggok, En. Johana Hj. Nai. Diikuti oleh taklimat ringkas daripada guru sukan En. Henry Liak tentang perjalanan acara pada hari ini.

Empat acara telah dijalankan iaitu Sukaneka untuk murid-murid Tahap 1, acara lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi untuk murid-murid Tahap 2.

Bagi menjimatkna masa, semua acara telah diadakan serentak di venue yang telah ditetapkan. Dengan cuaca yang agak mendung, para peserta kelihatan begitu bersemangat sekali, begitu juga dengan guru-guru. Para penyokong setiap rumah sukan tidak putus-putus memberi sokongan kepada peserta rumah masing-masing.

Namun sedikit mendukacitakan apabila baru separuh masa acara berjalan, tiba-tiba hujan rahmat turun membasahi bumi. GB membuat keputusan acara ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari Jumaat. Dan seterusnya acara kemuncak pada hari Sabtu, 16 Mei di Kompleks Sukan Padawan. Setakat hari ini, belum jelas lagi rumah mana yang mendahului kerana masing-masing bersaing rapat.

Klik disini untuk koleksi gambar.

1 comments:

Unknown said...

ala tu baru sikit je.Esok hijau akan menggoncang dunia ahaks ( kalau le mampu )huhuhu

12:01 AM