PERDANA JUARA !

Akhirnya Rumah Perdana telah secara rasminya ditabalkan sebagai Juara Kejohanan Sukan Antara Rumah Sukan SK Semenggok 2009. Keputusan yang agak diluar jangkaan dilakarkan pada hari ini. Kejohanan tahun ini juga mencatat sejarah kerana diadakan selama 3 hari berturut-turut.

Sebelum itu kejohanan yang bertempat di Kompleks Sukan Padawan, Siburan dirasmikan oleh Naib YDP PIBG iaitu En. Razali Jahari jam 8.30 pagi. Secara keseluruhan program berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya terdapat sedikit masalah teknikal. Guru Besar juga berpuas hati dengan penganjuran sukan pada tahun ini.
Wajah ceria para atlet yang
menjulang nama Rumah Perdana.


Ibubapa tidak melepaskan peluang sama-sama datang ke stadium untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak masing-masing.


Hari yang penuh dramatik dan mendebarkan.. Perdana, Satria, Waja dan Wira masing-masing bersaing rapat untuk menduduki takhta. Para peserta setiap rumah begitu bersemangat dan bertenaga lebih-lebih lagi dengan sokongan padu dari guru rumah masing-masing dan para ibubapa. Sehinggakan ada guru yang 'hilang suara' kerana keterujaan yang amat sangat. Yang paling gempak ada guru yang turut berlari bersama peserta, mungkin kalau dapat dia yang nak jadi peserta kot... (Tahun depan boleh lah syor kat PKKK buat acara untuk guru-guru sekali)

Namun pada pertengahan acara, rumah Perdana mula mengorak langkah mengumpul mata meninggalkan rumah-rumah lain sehingga akhirnya tidak mampu dikejar lagi. Nampaknya berbaloi juga lah guru rumah Perdana berjaga hingga 3 pagi demi menyiapkan bendera rumah. (bendera kuning juga lah rasanya yang paling glamer tadi...hehehe.)

Akhir sekali, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak stadium, AJK Penganjur, staf-staf, para ibubapa, para pelajar, dan semua yang terlibat dalam kejohanan pada kali ini. Tahniah juga kepada semua guru-guru rumah Perdana, Satria, Waja dan Wira. Anda semua adalah JUARA!. Tahun depan jumpa lagi. Salam...

0 comments: