PERTANDINGAN PENDIDIKAN LALU LINTAS





Pada Sabtu 18 Julai 2009,seramai 19 orang murid dari sekolah ini telah menyertai Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas antara sekolah-sekolah Daerah Kuching.Sebanyak 12 buah sekolah menyertai pertandingan tersebut yang terdiri daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas ini telah diadakan di Taman Lalu Lintas,Kenyalang.
SK.Semenggok telah mendapat tempat ke-6 dan mengumpul 44 saman kesalahan lalu lintas. Untuk pengetahuan pembaca,tahun ini merupakan tahun kedua SK Semenggok menyertai Pertandingan Pendidikan Lalu lintas ini.Di awal penyertaan,sekolah kita tahun lepas banyak mengumpul saman dan kedudukan pun tidak begitu memuaskan.Ini adalah kerana kurang latihan praktikal yang dilakukan jika dibandingkan pada tahun ini.Murid yang terlibat adalah murid-murid Tahun 5.Diharapkan pada tahun yang akan datang kedudukan sekolah kita akan bertambah baik.

0 comments: