PROGRAM PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

Program yang diadakan pada Khamis, 13 Ogos 2009 ini merupakan program kerjasama antara pihak sekolah dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuching dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama di kalangan pegawai dan kakitangan AADK Kuching dengan pihak sekolah dan para pelajar.
Program ini juga bertujuan mendedahkan peranan dan tanggungjawab guru dan murid sekolah dalam sama-sama berganding bahu membanteras gejala dadah selain meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya dadah seterusnya menyokong penuh usaha kerajaan dalam memerangi dadah. Usaha ini amat penting sebagai langkah pencegahan awalan di usia muda. Program sehari ini diisi dengan aktiviti ceramah, kuiz dan pameran antidadah.
Ucapan alu-aluan Cikgu Razid Samat (Penyelaras 3K) mewakili Guru Besar mengalukan kedatangan AADK ke Sk. Semenggok. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Razima bt. Usup.

Sesi ceramah antidadah disampaikan oleh En. Sapini b. Jalani, pegawai AADK Daerah Kuching.
Para pelajar memberi sepenuh tumpuan terhadap penceramah.
Ceramah diakhiri dengan laungan penuh bersemangat oleh para pelajar, " KAMI BENCI DADAH! ".

Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz antidadah yang disampaikan oleh Cikgu Razima, Cikgu Zambri dan Cikgu Shafiee.

Pameran antidadah yang diadakan di Kantin Sekolah.

0 comments: