RAMAH-TAMAH AIDILFITRI

Majlis yang diadakan pada Rabu, 7 Okt berjalan lancar dan begitu meriah sekali. Majlis Ramah-Tamah yang merupakan acara tahunan sekolah dianjurkan oleh guru-guru Islam SK Semenggok. Ia diadakan bertujuan memberi peluang kepada guru-guru serta staf-staf sama-sama merasai dan meraikan kemeriahan Aidilfitri. Dikendalikan oleh En. Ismadi dan Pn. Rodziawati sebagai pengacara, majlis dimeriahkan dengan acara nyanyian karaoke oleh guru-guru yang bersuara garang di dalam kelas tetapi merdu dan lembut di atas pentas, serta acara cabutan bertuah dimana hadiahnya adalah duit raya, dan acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu makan.. Jalinan kemesraan dan keakraban jelas terpancar di kalangan semua guru dan staf tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Arigato Gozaimasu...




0 comments: