KBS Siri 1 - 2010

Setelah beberapa kali berubah tarikh akibat beberapa masalah dan pertembungan dengan jadual program sekolah yang lain, akhirnya Kem Bestari Solat Siri 1 telah berjaya diadakan pada 20 Februari 2010. KBS pertama pada tahun ini disertai oleh murid-murid Islam Tahun 1, 2 dan 3. Ia terpaksa diadakan sekaligus memandangkan kekangan masa kerana takwim aktiviti sekolah bagi 2010 amatlah padat. Para pelajar dibahagikan kepada 11 kumpulan yang dikendalikan oleh 11 orang fasilitator yang terdiri daripada GPI, guru jQAF, dan guru KAFA. Terima kasih kepada semua yang sama-sama mengerah minda dan tenaga sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pendaftaran peserta dan agihan kumpulan mengikut nombor yang disediakan. Program dirasmikan oleh Yg Berusaha En. Johana Hj. Nai, Guru Besar SK Semenggok dan dihadiri oleh PK1 dan PKKK.

LDK - Teori dan Amali Wuduk

Makan... aktiviti yang paling digemari dan sentiasa dinantikan oleh murid-murid..

0 comments: