Program Motivasi Tahun 6


Program Motivasi Tahun 6 Siri Pertama telah dijalankan pada Sabtu, 6 Februari 2010. Program anjuran bersama Guru-guru Tahun 6 dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Semenggok telah menjemput seorang pakar motivasi iaitu En. Saiee b. Bisuni bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada 151 orang calon UPSR pada tahun ini. Banyak lagi program seumpamanya akan diadakan pada bulan-bulan yang mendatang sebagai persediaan kepada murid-murid menghadapi UPSR yang akan menjelang tiba. Terima kasih kepada Unit B&K dan semua guru-guru tahun 6 yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru praktikum dari IPTAR yang bersama-sama mencurah bakti.

0 comments: