SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010/1431H

Majlis anjuran Panitia Agama Islam SK Semenggok telah diadakan pada 26 Februari 2010 bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya perarakan, ceramah Maulidur Rasul, pertandingan mewarna untuk tahun 1 & 2, tulisan jawi untuk tahun 3, pertandingan melukis poster, pertandingan selawat antara kelas untuk murid-murid tahap 2. Majlis diakhiri dengan jamuan bubur lambok kepada semua yang hadir. Diharap majlis ini bukan sekadar sambutan semata-mata tetapi sebagai platform kepada anak-anak bangsa menghayati sirah Rasulullah, mencontohi peribadi dan semangat Baginda, mengamalkan ajaran yang dibawa, serta menjulang Islam di muka bumi ini...

Sebelum perarakan dimulakan, jam 7.30 pg. Anggaran sekitar 400 orang murid turut serta terdiri dari Tahun 1 hingga 6, diirngi oleh semua guru Islam Sk Semenggok.

Perarakan diketuai oleh Guru Besar SK Semenggok, diiringi oleh YDP PIBG, En. Razali serta Ayahanda Penghulu Hj. Dolah. Laungan selawat memecah kesunyian pagi sekitar Kampung Lot Bt. 12. Turut diserikan oleh paluan kompang Kumpulan Hadrah Kg. Lot Bt. 12.

Kaum ibu sibuk mengacau bubur lambok.. Kaum bapa sibuk berborak.. (melepaskan lelah je..hehe)

Majlis diserikan bacaan al-Qur'an oleh Ust. Ramlee Bohari, Penolong Kanan Sk. Semenggok, bacaan berzanji oleh Ustzh. Norliza dan ceramah oleh penceramah jemputan, Ust. Muhd. Zaki Talib.

Pertandingan mewarna untuk Tahun 1 dan 2, pertandingan menulis jawi untuk Tahun 3, dan pertandingan selawat antara kelas untuk Tahun 4, 5, dan 6.

1 comments:

alhamdulilah...makin hebat xtvt agama di semenggok sia.rasa nak pg beramaei di sia jak.Hebat suma cikgu2 di sia.

10:32 AM